________________________________________________________________________________________________________________________________________________

peminta sedekah:p

Friday, March 30, 2007

taksub dgn Cinta

bukannye ikut sgt cerita 'sebalik malam' tp kes kali ni kisah cinta.best gak nak taruk dlm blog ni about what i think about cinta.apa itu cinta? bile kite ckp psl cinta 4 sure dalam pale kite ni kite fikir psl 2 org yg bercinta or maybe cinta mereka itu suci.tp u all penah x terfikir yg cinta kite sepatutnye pada yg MAHA ESA kan?itu yg sebenarnya cinta.kite mungkin akan kate bodohnye minah ni g serah mahkotanye kerana cinta.taksub dgn cinta atau dgn lebih tepat nafsu.kite xleh nak salahkan dia 100%.nape?bagi i salahnya bukan pada dia sorg tp pd masyarakat,kerajaan,family or maybe kite.why?hahahaha.soalan cepu emas.kalo minah ni dari dulu lagi kena 'brain wash' (dgn cara baik la,eg. ceramah)ngn kerajaan, masyarkat etc.minah tu xkan jadi mangsa nafsunya sendiri.nk2 zaman sekarang penuh dgn hiburan sane sini.new year kat malaysia pon muda mudi kissing dpn public selambe dek je.musuh ketat manusia adalah nafsu kite sendiri.bukan sumer org dpt lawan nafsu sendiri.not even me.i selalu gak tewas ngn nafsu sendiri.malas...tu la masalah i yg paling besar:)
so bile kite nampak kawan kite bercinta peringat kan diorg tu slalu.that's including me.hehehehe.alangkah cantik diri manusia kalo cinta kite taksub dgn Allah kan.tp tu la manusia mudah ke arah perkara2 yg mungkar.solution?ckp mmg senang kan tp nak buat tu ssh.maka solat kite hendaklah betul,khusyuk so that kite boleh jauh dgn sendirinya benda2 yg x elok.kalo ada gak kite terbuat benda x elok tu so pk2 la sendiri.maybe there's something wrong with our solat.
akidah?
akidah topic yg sgt besar sebenarnya.i went to birmingham for usrah.tajuk mmg best.coz baru i tau "WAJIB" sebenarnya kite berdakwah.all these while i thot yg ustaz/ustazah/ulama' je yg berdakwah.dakwah ertinya mengajak.kite mengajak member kite ke arah kebaikan atau nasihat sket2 pon dah kira berdakwah. kite ni kalo paham btol2 mendalam psl kalimah shahadah, subhanallah kite mudah berjaya or org2 islam lebih maju more than we can imagine.fuh! i wish i can go that far...hmmm...bile solat jemaah subuh kat birm tu,suara imam sayu je.tanpe sedari tertitis air mata ni.bukannye paham pon bahasa quran ni baca leh la.sampe terpk jugak la diri ni alangkah baiknye kalo i dpt paham bahsa quran ni.mesti lagi sebak hati ni bile baca quran.penah terpk dulu nak blaja mandarin so senang for the future.nape x terpk nak belaja arab? tu yg i tanya pd diri sendiri.bile kite blaja bahsa arab hati kite mungkin lebih nak mendekati Allah.even kat uni malaysia pon certain uni wajib belaja mandarin.bahsa arab dah d mansuhkan kat sekolah.dulu bukan main lagi suro beli buku arab darjah satu(my bro) tp x guna pah ke sudoh! hampeh!
Islam tu sungguh cantik.my sis x penah pegi kindergarden macam bebudak lain.mama hantar dia sekolah mengaji je.dia mengaji mmg lancar kekadang tu malu gak ngn dia.masa tu umo dia 6 tahun je.dia sorg je mama x hantar kindergarden mcm kami adik beradik yg lain.mama mula risau coz my sis x reti nak baca, xreti nak mengira.sampe mama kate menyesal.yela budak sekarang masuk darjah satu dah leh baca and kira x mcm zaman i budak2 dulu.masa darjah satu la baru nak belajar.tadika ape lagi nyanyi,main,lukis,color gambo, belajo nye sket2 je.so mama belila buku malay and english nak ajar my sis, mira.within 1 week she can read!its a miracle.cepat giler.tu la...bile kite selalu baca quran pape yg kite blaja mudah cepat faham,ingat and etc.lepas tu mama tarik balik ape dia ckp dulu siap nak hantar adik bongsu g sekolah agama.dlm adik beradik i xde sorg pon g sekolah ugama.so bless him. untung my bro he gets 2 learn arabic....
p/s:sori ayat tunggang langgang coz tulis je ape yg terasa d hati.heheheehe...

Hatiku yg kosong....

Apakah itu Islam?adakah aku benar2 menjalankan ibadatku sebagai seorg muslim?adakah aku benar2 menyelami Islam itu sedalam2nya?hatiku kini berasa kosong sekali.aku seolah2 kehilangan sesuatu?whats the purpose of my life?This question has been wandering in my head for almost like 10 months.Ya Allah terasa hinanya diriku ini.aku insan yg lemah yg tewas pada nafsuku sendiri.aku tidak mahu lagi menjadi hamba kepada nafsuku.alhamdulillah ever since i came to this country,UK,i did went to usrah...sebagai pengisian..namun hatiku tetap kosong...aku terasa aku semakin jauh dari landasan yg sebenarnya..aku sendiri tidak mengetahui ape yg sedang aku lalui...mungkin kerana aku tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu.Im not being me anymore...and i hate this attitute of mine...i shouldnt came here.i should have stay with my family and find the job straight away instead of further my studies here...im totally lost while im here.i miss my family,my friends,KL,nasi dagang,kampung,driving a car....i miss everything that i used to do back there in Malaysia...aku inginkan pengisian utk hatiku yg kosong ini,tidak tahu mengapa hati ini terasa berat skali pabila setiap kali aku ingin mendekati kepada landasan asal.hatiku terlampau keras, hitam,seolah2 sudah sebati dgn hiburan dunia..aku tidak mahu sumer itu...aku terasa kesunyian yg amat sngt.kesunyian ini adalah sunyi kerana aku seolah2 hilang pedoman,hilang hidayah Allah...nafsu yg ku maksudkan adalah hati ini yg nk ke arah hiburan dunia,lalai,malas,..namun aku masih waras lagi dan stakat ni tidak lagi aku lakukan perbuatan terkutuk....namun ape yg aku inginkan ialah pengisian hati kepada Islam dan ingin mendalaminya sedalam2 nya..namun siapalah aku ini..insan yg lemah,hina dan kerdil skali...
sebelum balik ke Malaysia,I'll try my best to change.i dont want to anymore be 'jahil' in my life.we all living in a moden world yet we still living in a jahiliah era...how will i change?i just have to fight strongly against my 'nafsu'...dengan bertawakal dan doa pada Allah....sesungguhnya hanya Allah sahaja yg mampu menolong hambanya yg hina ini...

Monday, March 12, 2007

Demi Masa


interesting article!got this from kak jua...credit to her:) it's just something that i want to post it here!hehehehe...
DEMI MASA.
Detik - detik penting dalam Diary Seorang Pejuang.
Masa dalam kehidupan seorang pejuang
Kehidupan manusia adalah bergantung kepada penggunaan masanya. Oleh itu, Islam amat mengambil berat tentang masa dan memberitahu manusia bahawa setiap detik masanya adalah amat berharga. Sudah cukup untuk menggambarkan betapa besarnya nilai masa dalam Islam dengan Allah sendiri bersumpah dengan masa dalam firmanNya yang selalu didengar;
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran”.
(Surah al-‘Asr. Ayat : 1-3)
Dalam ayat di atas Allah bersumpah dengan masa bagi menunjukkan kepada manusia sekeliannya bahawa masa menjadi saksi terhadap berjaya atau gagalnya manusia, untung atau ruginya mereka.
Manusia yang berjaya dan beruntung ialah manusia yang memanfaatkannya masanya di dunia (untuk beriman, beramal soleh, melaksanakan perintah Allah dan sebagainya bagi bekalan ke akhirat) dan manusia yang gagal dan rugi ialah manusia yang mensia-siakan masanya.
Imam asy-Syafi’ie pernah dalam satu ungkapannya berkata tentang surah ini :
لَوْ تَدَبَّرَ النَّاْسُ هَذِهِ السُّوْرَةَ لَوَسِعَتْهُمْ
“Jika manusia memerhati dan mengambil pengajaran dari surah ini, maka memadailah bagi mereka”.
Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberi galakan kepada kita supaya memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sabda baginda;
اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ، وَشَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ، وَغِناَكَ قَبْلَ فَقْرِكَ
“Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa;
Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamuMasa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamuMasa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamuMasa muda kamu sebelum datang masa tua kamu.Masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin.
(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)[1]
Bahkan di akhirat nanti, manusia akan dihisab setiap detik masa yang ia lalui di dunia; bagaimana ia gunakannya? Adakah ke arah kebaikan atau kejahatan? Adakah ia manfaatkannya atau ia sia-siakannya? Inilah yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda;
لاَ تَزُوْلُ قَدَمًا عَبْدٌ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ، وَعَنْ عِلْمِهِ فِيْمَ فَعَلَ فِيْهِ، وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَ أَنْفَقَهُ، وَعَنْ جِسْمِهِ فِيْمَ أَبْلاَهُ‏
“Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan :
Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya? , Ilmunya; bagaimana ia amalkannya? , Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? , Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?
(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn ‘Abid al-Aslami)[2]
Imam asy-Sya’rani ketika mengulas tengtang hadis ini dalam kitabnya al-‘Uhud al-Muhammadiah, berkata; “Inilah empat perkara pokok yang akan ditanya setiap hamba mengenainya (di akhirat). Adapun yang selainnya adalah perkara-perkara cabang/sampingan sahaja”.
Memandangkan bahawa masa amat penting dalam Islam, maka seorang muslim hendaklah memberi perhatian bersungguh-sungguh terhadap masa.
Ia hendaklah membina kesedaran yang tinggi terhadap penjagaan masa dan menggunakannya semaksima mungkin untuk mencapai cita-cita dan matlamat hidup sebagai seorang muslim dan mukmin untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Perlunya mujahadah untuk mendidik diri menghargai masa
Namun, perlu kita sedari bahawa seorang insan itu tidak akan berjaya memanfaatkan masanya sebaik mungkin tanpa mujahadah kerana ia berdepan dengan dua musuh utama (dalaman dan luaran) yang sentiasa meruntunnya untuk leka dan lalai di dunia dan mensia-siakan waktunya. Dua musuh itu ialah;
Hawa nafsuSyaithan
Hawa nafsu adalah musuh yang paling mencabar bagi manusia kerana ia berada di dalam dirinya. Hawa nafsu adalah teman setia manusia yang sentiasa mendampinginya ke mana sahaja ia pergi. Namun hawa nafsulah yang bakal akan menghancurkan manusia jika manusia tidak hadapinya dengan mujahadah.
Ada beberapa tabi’at buruk yang menjadi factor kegagalan kita menggunakan masa dengan sebaiknya sebagaimana yang dituntut agama.
Tidak mengetahui atau tidak menyedari; apa matlamat kehidupan kita di atas muka dunia ini? Kenapakah Allah menjadikan kita di atas muka dunia ini?
Sikap malas, sambil lewa, tidak bertanzim, sukakan kerehatan, leka, lalai, membuang waktu dan sebagainya.
Tidak mengetahui al-aulawiyat (keutamaan-keutamaan) dalam hidup; mana perkara-perkara yang penting yang perlu diberi perhatian? dan mana pula perkara-perkara yang tidak penting yang perlu diketepikan?
Tabiat suka bertangguh
Semua tabi’at buruk di atas mesti dihadapi oleh kita dengan bermujahadah terhadap diri sendiri. Bermujahadah bermaksud melatih diri dengan sifat-sifat yang baik dan mengekangnya dari menurut hawa nafsu. Orang yang bermujahadah tidak akan membiarkan dirinya dikontrol hawa nafsunya, sebaliknya dialah yang mengkontrol hawa nafsunya.

Dengan mujahadah, kita mesti melatih dan memaksa diri supaya :
Memastikan matlamat hidup dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
Membuang sikap malas, leka, lalai dan sebagainya tadi.
Memberi perhatian kepada perkara-perkara al-aulawiyat (utama/penting) dalam hidup.
Membuang sikap suka bertangguh.
Rasulullah s.a.w. pernah berpesan memperingatkan kita;
نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنٌ فِيْهِمَا كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ: الصِّحَّةُ، وَاْلفَرَاغُ
“Dua nikmat (kuniaan Allah) yang seringkalikebanyakan manusia tertipu (kerana mensia-siakannya) iaitulah; nikmat sihat dan nikmat kelapangan”.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, at-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a.)
Seorang tokoh sufi terkenal Ibnu ‘Athaillah as-Sukandari dalam kitabnya yang masyhur iaitu al-Hikam mensifatkan tabiat suka bertangguh adalah tanda kebodohan yang ada pada diri seseorang. Ia berkata;
إِحَالَتَكَ اْلأَعْمَال عَلى وُجُوْدِ اْلفَرَاغِ مِنْ رُعُوْناَتَ النَّفْسِ
“Menunda/menangguh amal perbuatan(kebaikan) kerana menantikan kesempatan yang lebih baik merupakan suatu tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa”.
Seorang hukama’ Islam pernah menasihatkan kita;
لاَ تُؤَجِّلُ إِلى اْلغَدِ مَا يُمْكِنُكَ أَنْ تَعْمَلَهُ اْليَوْم
“Janganlah kamu menunda/menangguh sampai besok apa yang dapat engkau kerjakan hari ini”.
Imam Hasan al-Basri pernah berkata; “Apabila terbit sahaja fajar pada hari baru, ia akan menyeru manusia; ‘Wahai anak Adam! Aku adalah adalah makhluk yang baru. Aku akan menjadi saksi ke atas apa yang kamu lakukan. Gunakanlah aku untuk berbekal dengan beramal soleh. Sesungguhnya aku (apabila berlalu) tidak akan kembali lagi hinggalah menjelangnya kiamat”[3].
Bagaimana membahagikan waktu?
Seorang muslim mestilah tahu membahagikan masanya mengikut kewajipan yang tertanggung di atas bahunya. Seorang tokoh Islam abad ini, al-Imam asy-Syahid Hasan al Banna berkata;
“Kita diperintahkan supaya mengguna dan membahagikan masa bagi empat tujuan[4];
1. Untuk agama iaitu melakukan ketaatan kepada Allah merangkumi yang wajib/fardhu dan yang sunat-sunat.
2. Untuk mencari rezki yang halal bagi menyara diri dan keluarga.
مَنْ أَمْسَى كَالاً مِنْ عَمَلِ يَدِهِ أَمْسَى مَغْفُوْرًا لَهُ
"Siapa yang berpetang dalam keadaan penat kerana bekerja/berusaha dengan tangan sendiri maka ia berpetang dalam keadaan dikurniakan keampunan baginya"
(Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Abbas r.a.)[5]
3. Untuk berkhidmat kepada manusia dengan Melakukan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah bagi mereka.
Sabda Nabi(s.a.w);
مَنْ مَشِيَ فِيْ حَاجَةِ أَخِيْهِ كَانَ كَمَنِ اْعتَكَفَ فِيْ مَسْجِدِيْ هَذَا شَهْرًا
“Sesiapa yang berjalan(untuk keluar) memenuhi hajat saudaranya ia seolah-olah beriktikaf di masjidKu ini(iaitu masjid Nabawi) selama sebulan”.
4. Untuk kerehatan badan.
Sabda Nabi(s.a.w);
فَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقًّا
"Sesungguhnya badan kamu mempunyai hak ke atas kamu".[6]
Syeikh Tantawi al-Jauhari berpesan kepada kita :
“Apabila munculnya siang maka buatlah penyusunan terhadap kerja-kerja yang akan kamu lakukan pada hari itu mengikut masanya dan jangan melakukan sesuatu kerja bukan pada masanya. Ikutilah perancangan kamu yang awal dan jadikan riadhah/bermain pada masanya yang khusus.
Ambillah contoh/tauladan daripada Nabi kita(s.a.w) dimana baginda membahagikan masanya kepada beberapa bahagian :
-Satu bahagian untuk ibadah-Satu bahagian untuk manusia iaitu mengajar mereka...-Satu bahagian untuk diri baginda sendiri....."
(Syeikh Tantawi Jauhari;kitab "ميزان الجواهير"[7])
[1] Al-Jami’ as-Shaghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 1210. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini adalah hasan.
[2] Riyadhus Salihin, Imam an-Nawawi, bab al-Khauf. Menurut Imam at-Tirmizi, hadis ini adalah hasan.
[3] Khuluqul Muslim, Syeikh Muhammad al-Ghazali, hlm. 231.
[4] “حديث الثلاثاء”,Imam Hassan al Banna,m.s 449.[5] Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini darjatnya adalah dhaif. (al-Jami’ as-Shaghir, hadis no. 8532)[6] Dalam riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan an-Nasai, lafaznya ialah;
فإن لجسدك عليك حقا
(al-Jami’ as-Shaghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 4195)
[7] Mizaanul Jawahir : muka surat 62.http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/
Our Rabb (Lord), Forgive us and our brethen who have preceded us in faith, and put not in our hearts any hatred against those who have believed. Our Rabb! You are indeed full of kindness, Most Merciful. (Al-Hasyr 59:10)

hello to me...

well...im now changing my blog site since friendster's blog is not really a user friendly one.this blog seems so cool so hey,i should try out this one.Maybe or maybe i should promote this blogspot to my friends..yeah..Dont really know exactly what to write down..hahaha..i happen to be in my room the whole day!!!nothing much to do since i still sick and i'm sick of it...huh?never-mind...
i really have to finish my assignment by tonight...huh...:(